tiub kuprum dan kelengkapan.
Tiub kuprum.
- Digunakan pada sistem penyejukan dan penyamanan udara
- Saluran tiub kuprum ini menghubungkan satu komponen
dengan komponen yang lain pada sistem sebagai saluran pengaliran bahan
pendingin
- Terdapat dua jenis;
Tiub kuprum jenis keras (k)
Jenis yang tergulung dalam gred K adalah seperti keluli berkilat dan
titinium.
Tiub kuprum jenis K
ini digunakan pada sistem yang besar.ia tidak boleh dibengkokan dan hanya boleh
digunakan untuk sambungan yang lurus sahaja.bagi menyambungkan saluran yang
bengkok, ia memerlukan pasangan.
Tiub kuprum jenis lembut (L)
Jenis yang terggelung dalam gred L pula
ialah loyang, aluminium dan keluli nipis.
Tiub kuprum jenis L
pula adalah mudah dibengkok atau dilenturkan.tiub gred ini terdapat dalam
bentuk gelungan.setiap gelungan mempunyai ukuran panjang 7 m, 15 m dan 30
m,dalam pelbagai saiz.jika tiub kuprum ini disimpan terlalu lama atau
seringkali dibengkokkan,tiub ini akan menjadi keras.
PENGENDALIAN TIUB
1) Menempa Tiub
Tiub kuprum keras atau lembut yang telah menjadi keras
ini boleh dilembutkan dengan cara memanaskannya dan kemudian, disejukkan dengan
air atau udara sahaja.proses ini disebut menempa.menyejukan
tiub yang telah ditempa dengan air lebih baik kerana ia dapat menanggalkan
pengoksidaan yang terhasil semasa menempa tiub.perlu diingat bahawa tiub kuprum
akan menjadi lebur pada suhu lebih kurang 1025 ̊c.
2) Membuka
Gelungan Tiub
Tiub kuprum lembut perlu diluruskan terlebih dahulu
sebelum digunakan.jangan cuba meluruskan tiub dengan cara menariknya keluar
dari tepi gelungan yang berbentuk lingkaran kerana ini akan memintalkan tiub
itu.kita boleh menggunakan kaki unyuk memijak hujung tiub apabila hendak
meluruskan gelungan tiub ini diatas lantai.tetapi, pijakan tidak boleh terlalu
kuat kerana tiub kuprum ini mudah kemek.
3) Memotong
Tiub
Cara
yang lebih selamat untuk memotong tiub kuprum ialah dengan menggunakan alat
pemotong tiub, terutamanya bagi tiub kuprum lembut.ini kerana pemotongnya licin
dan tepat.pemotong tiub terdapat dalam dua saiz, iaitu yang dapat memotong tiub
yang bergaris pusat di antara 4 – 15 mm dan satu lagi yang dapat memotong tiub yang
bergaris pusat di antara 4 – 28 mm.bahagian-bahagian utama pada pemotong tiub
ialah tombol,rola dan bilah.
4)
Membengkok Tiub
Tujun membengkok tiub adalah untuk
mendapatkan bentuk pada sudut yang dikehendaki.semua tiub kuprum lembut mudag
dibengkokkan.bagaimanapun, tiub kuprum keras boleh dibengkokan jika alat dan
cara yang betul digunakan.terdapat pelbagai cara membengkok tiub.tiub yang
kecil seperti tiub rerambut boleh dibengkokan dengan tangan sahaja.
Cara yang mudah untuk membengkokkan tiub ialah
dengan menggunakan pembengkok spring.pembengkok spring boleh membengkok tiub
mengikut ukuran jejari atau sudut yang dikehendaki.bagi setiap satu pembengkok
spring, ia hanya boleh membengkok satu saiz tiub sahaja.semasa menggunakan
pembengkok spring,perlu diingat agar tiub itu dibengkokkan lebih sedikit
daripada sudut yang dikehendaki dan kemudian, dibengkokkan semula kesudut yang
dikehendaki.ini adalah untuk melonggarkan spring supaya mudah ditanggalkan dari
tiub tersebut.
Pembengkok jenis tuil
juga dapat membengkokkan tiub pada sudut yang diperlukan dengan lebih
tepat.walau bagaimanapun, ia hanya dapat membengkokkan tiub mengikut jejari
yang tetap.setiap saiz tiub memerlukan pembengkok yang berlainan mengikut saiz
tiub berkenaan.pembengkok tiub jenis ini boleh didapati dalam bentuk satu
set.ini membolehkan saiznya ditukarganti mengikut saiz tiub yang hendak
dibengkokkan.
5)
Mengembang Tiub
Membuat sambungan tiub cara mengembang
adalah sangat penting jika sambungan yang kuat dan tidak bocor
dikehendaki.mengembangkan tiub memerlukan alat pengembang khas.alat pengembang
mempunyai dua bahagian yang diperlukan, iaitu bar pengembang dan kun
pengembang.Biasanya, tiub yang dikembangkan adalah besudut 45 ̊.
Terdapat dua jenis sambungan kembang,
iaitu pengembang tebal tunggal dan pengembang tebal kembar.pengembang tebal
tunggal biasanya digunakan jika ia mempunyai ketebalan yang sama dengan tebal
tiub yang hendak dikembangkan.sementara pengembang tebal kembar, hujung tiub
yang dikembangkan akan dilipatkan semula pada tiub, menjadikan ketebalan
kembanganya berganda.
Pengembang tebal kembar adalah lebih
kuat dan kurang menimbulkan masalah kebecoran.kebaikan sambungan pengembang
tebal kembar iini ialah, ia dapat diketatkan berulangkali tanpa menjejaskan
ketebalan dan kekuatannya.
6)
membuat swaging
Swaging adalah proses menyambungkan
dua tiub yang sama saiz secara menindankannya tanpa menggunakan pasangan.dalam
proses ini, satu hujung tiub akan dikembangkan, dan satu hujung lagi akan
dimasukkan ke dalam hujung tiub yang dikembangkan tadi.sambungkan ini akan
disudahi dengan mematri atau mengimpaloyang.
Terdapat dua cara membuat swaging,
iaitu dengan penanda swaging dan dengan jenis skru.perlu dingat bahawa, jangan
membuat swaging di tempat yang bengkok atau terlalu dekat dengan sambungan
kembang.ketebalan kembar pada sambungan swaging adalah susah hendak
dibengkokkan.sementara sambungan swaging yang terlalu dekat dengan sambungan
kembang pula dikhuatiri akan menyebabkan nat kembangnya tidak cukup ruang untuk
ditanggalkan jika tiub tersebut hendak diletakkan pada bar.
Sambungan swaging adalah lebih kuat
daripada itu sendiri jika dibuat dengan
baik, terutamanya jika diloyang.
Swaging juga boleh dibuat dengan
menggunakan penanda swaging.penanda swaging terdapat dalampelbagai saiz
mengikut saiz tiub yang digunakan.terdapat dua bahagian pada penanda swaging.di
bahagian yang hujung sekali mempunyai ukuran garis pusat yang sama dengan
ukuran dalam tiub, dan di bahagian belakangnya pula, mempunyai ukuran garis
pusat yang sama dengan ukuran luar tiub.bahagian yang selalu ditukul pada
penanda ini perlu dicanai semula apabila kepala cendawan terbentuk pada kepala
penanda.
Selain membuat swaging menggunakan
penanda swaging, swaging juga boleh dibuat dengan menggunakan alat swaging
jenis skru.proses membuat swaging dengan alat swaging jenis skru adalah lebih
kurang sama dengan proses menggunakan alat untuk membuat pengembangan.ianya
terdiri daripada bar pengembang dan bentuk kunnya digantikan dengan bentuk
swaging dalam pelbagai saiz.alat ini lebih baik jika dibandingkan dengan
penanda swaging kerana ia dapat menghasilkan kerja yang lebih kemas dan
tepat.muncung swaging yang boleh ditukarganti ini tidak akan berpusing semasa
ia diputarkan.dengan ini, tiub tidak menjadi panas akibat geseran.
7)
membuat pengucupan
Membuat pengecupan bermakan menyambungkan dua
tiub yang berlainan saiz.saluran tiub yang kecil garis pusatnya dimasukan
kedalam saluran tiub yang bergaris pusat lebih besar sedikit.dengan menggunakan
pemotong tiub yang bermata tumpul bilahnya, saluran tiub yang luar dikecupkan
sehingga ianya menyentuh garis pusat luar tiub dalam.kemudian, sambungan ini
dipateri.jarak kelonggaran di antara tiub luar dengan tiub dalam yang sesuai
untuk dibuat pengecupan pada tiub ialah 0.8 mm.sambungan cara ini akan
menghalang kebocoran atau bahan lakur yang digunakan semasa memateri masuk ke
dalam saluran dan system juga
8)
pasangan tiub kuprum
Satu cara menyambung tiub kuprum ialah
dengan menggunakan pelbagai pasangan tiub.biasanya, pasangan tiub diperbuat
daripada Loyang bertempa dan kuprum.terdapat pelbagai bentuk pasangan tiub,
bergantung bergantung kepada jenis sambungan yang diperlukan.bentuk-bentuk
pasangan tiub yang biasa digunakan ialah seperti siku, tee, liku balik, penyuai
dan penjodoh.sambungan ini memerlukan pematrian bagi melengkapkan sambungan
tersebut.terdapat juga bentuk-bentuk pasangan tiub yang mempunyai benang luar
di kedua-dua hujungnya atau di sebelahnya sahaja.bagi menyambungkan pasangan
tiub bentuk ini, nat kembang diperlukan.nat ini digunakanuntuk mengetat dan
menguatkan sambungan tersebut.
gred kuprum??????
ReplyDeleteSaiz
ReplyDelete3.Nyatakan tiga (3) jenis tiub kuprum yang digunakan di dalam sistem penyejukan serta terangkan kebaikannya.
ReplyDeleteOnline Baccarat in Pennsylvania - Wagrione
ReplyDeleteThe first online 제왕카지노 casino to receive a license from 샌즈카지노 the state that has a lot 바카라 사이트 of wagering requirements is to conduct a sweepstakes casino in Pennsylvania. For